Friday, October 10, 2008

Ayam OIh ayam!

Salam,kembali semula setelah berhari raya...disini aku ingin berkongsi d first story yg buat aku gelak sampai termuntah2..thanks to john kerana die lahirlah sebuah lawak yg bertaraf antarabangsa..hehehhe.,..kelakar seh..(lgi kelakar korg bayangkan)..hahaha..enjoy..

Ada satu cerita yang berlaku di pasar ayam di Kamunting.Peniaga ayam ini nama dia Sudin. Dia jual ayam yang di beli dari beberapa tempat. Ada pulak seorang pelanggan nama dia Hamidah. Dia ni pelanggan tetap ayam Sudin. Kak Midah ni dok meniaga nasi dekat kedai berhampiran.

Jadi hari hari lah dia beli ayam dari Sudin. Disebabkan dah setiap hari dok main dengan ayam,sampai Kak Midah dah kenal jenis jenis ayam sebelum disembelih.

Antara ayam yang selalu dipilih oleh Kak Midah ialah ayam dari Bangi dan ayam dari Perlis. Selalunya ayam dari Bangi lah yang menjadi pilihan Kak Midah.

Kalau tidak dia akan beli ayam dari Perlis sahaja. Kalau tak ada lansung dia tak akan beli ayam lain. Kelebihan yang ada pada Kak Midah ialah dia boleh kenal samada ayam tu dari Bangi atau Perlis ialah dengan membelek punggung ayam tu.

Selalunya Sudin akan campur semua ayam yang sampai dalam satu tempat. Jadi jenuhlah Kak Midah dok belek sekor sekor nak cari ayam Bangi atau ayam Perlis.

Mula-mula Sudin tak kisah sangat dengan Kak Midah. Tapi lama-lama
Sudin dah mula boring. Sebab Kak Midah ni customer tetap Sudin pendam je bengang dia.Satu hari Kak Midah datang macam biasa dan terus belek punggung ayam nak cari ayam Bangi.

Habis semua ayam dibeleknya.tak ada satu pun ayam Bangi atau ayam Perlis.Jadi Kak Midah pun panggil Sudin dan tanya,

Kak Midah : Din ! ayam Bangi tak ada ka.

Sudin : Tu ada dalam tu. (Yang sebenarnya tak ada sebab lori ayam Bangi terbalik kat Tanjung Malim)

Kak Midah : Hang toksah dok bohong. Kak Midah dah tengok dah,semua ayam dari tempat lain.

Sudin : Ayam Perlis ada. (Yang sebenarnya pun tak ada sebab lori rosak dekat Nibong Tebal).

Kak Midah : Hang ni, Kak Midah kata tak dak, tak dak la. Hang ingat

Kak Midah tak kenai ka ayam-ayam tu. Bukan sehari dua Kak Midah dok main dengan ayam.

Sudin : Kak Midah ni memang teror lah, punggong ayam pun dia boleh kenal.
Kak Midah : Baru hang tau siapa Kak Midah. Pakar tengok punggong ayam. (lalu blah sambil tersenyum walau pun tak dapat ayam hari itu) Kemudian sampailah nak dekat Hari Raya. Kak Midah macam biasalah nak belek punggong ayam. Sudin tengok Kak Midah, bengang je rasa macam nak bertempik dekat Kak Midah sebab orang terlalu ramai dan sesak pada masa tu. Kak Midah perasan yang Sudin memang bengang kat dia. Sambil Sudin dok bersihkan ayam Kak Midah, Kak Midah cuba ambil hati Sudin.
Kak Midah : Din ! Tak balik raya ke tahun ni.

Sudin : Tak!!! (Bengang)
Kak Midah : Famili ada kat sini ke.

Sudin : Tak dak!!

Kak Midah : Habih tu raya dengan siapa.

Sudin : Raya sorang-sorang.

Kak Midah : Kalau Din tak balik kampung mai lah rumah Kak Midah.

Sudin : Tak pa lah, terima kasih je lah.

Kak Midah : Dah lama kita kenal, kak tak tau pun kampung Din. Kampung Din kat mana?

Sudin : (Diam)(Buat tak dengar)

Kak Midah : Kak tanya ni, kampung Din kat mana.

Sudin : (Masih diam)(Tiba-tiba Sudin naik atas meja lalu membuka seluar dan menonggeng ke arah Kak Midah sambil berkata......). Kalau Kak Midah teror cuba Kak midah belek lubang punggong saya dan teka saya berasal dari mana?

Kak Midah : (Ambil ayam dia dan terus blah)

Monday, September 29, 2008

Peringatan: Adab2 menyambut AidilFitri

Salam Ukhwah kepada saudara-saudara muslim ku. Sudah sebulan kita berpuasa dan tibalah masanya kita menyambut aidilfitri (best nye raya). Pemergian Bulan mulia ini iaitu bulan Ramadhan seharusnya kite tangisi dan meneruskan ibadat2 kita pada bulan2 yang lain.Jadi marilah kite merenung dan membaca artikel yang telah saya tuliskan =) :

Sebagai hadiah kemenangan orang-orang Islam dalam perjuangan mengengkang hawa nafsu di bulan Ramadhan Allah Subhanahu wa Ta‘ala membalasnya dengan satu hari yang dinamakan ‘Idulfitri atau Hari Raya Fitrah, di mana Allah Subhanahu wa Ta‘ala menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan. Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.


Apakah adab-adab dan perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut kedatangan Hari Raya?

Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara‘ untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.



1. Berdoa di malam raya

Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.Perlu diingat juga, kelebihan menghidupkan malam Hari Raya itu tidak akan diperolehi melainkan dengan mengisi dan menghidupkan sebahagian besar malam tersebut, sebagaimana mengikut pendapat yang shahih.

2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri

Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema. Namun begitu, tidak bermakna takbir itu semata-mata untuk memeriahkan suasana tetapi lebih dari itu, ianya lebih bersifat untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir.Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan ‘Idulfitri. Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya. Firman Allah Ta‘ala:Tafsirnya: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."(Surah Al-Baqarah : 185)

3. Mandi Sunat Aidilfitri

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.

4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok

Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."

(Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi)

Pro Evolution 2009


Gambar di atas menunjukkan game yg ditunggu2 oleh peminat game bola sepak.Game ini baru dilancarkan pada 1 oktober 2009 dan akan menjadi game berhantu di Malaysia.

Google Chrome logo is made from…

Every logo should be unique. But sometimes, we need to combine many ideas to come out with a new brilliant and impressive idea. So, would you like to know how Google Chrome got its logo?

Maybe the picture shown below is the answer.


What do you think??-ai-

Ayat Kursi


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akal mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s.a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,

Thursday, September 11, 2008

Bergaya Lagi Praktikal


Ramai yang berharap supaya kerajaan dapat mengkaji semula struktur cukai ke atas motosikal berkuasa tinggi (CBU) yang lain bagi membolehkan lebih ramai mampu memilikinya. Malah jentera sebegini juga menjimatkan petrol, mesra alam dan dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.


INI adalah berita yang paling gembira bagi peminat motosikal berkuasa tinggi tempatan. Penantian lebih 10 tahun (sejak krisis ekonomi 1997) akhirnya tamat dengan kehadiran motosikal mampu milik keluaran Kawasaki Motors (Malaysia) menerusi pemasangan tempatan (CKD) model ER-6N.

Model naked ini merupakan satu-satunya motosikal dalam kategorinya yang dijual pada harga RM28,000. Malah, majoriti pihak media tidak menyangka motosikal ini akan dijual semurah itu.

Terima kasih kepada Kawasaki Motors (Malaysia) yang memberi ruang untuk peminat motosikal untuk terus bernafas di kala harga bahan bakar terus meningkat. Kehadirannya memang tepat pada masanya.



Kini, sudah ada pilihan untuk pembeli beralih dari empat roda kepada kenderaan dua roda yang praktikal. Jikapun ia tidak sejimat Wave atau Lagenda, sebagai sebuah motosikal, sudah tentu anda boleh mengenepikan bayaran meletakkan kenderaan, cukai jalan yang sudah diturunkan dan penjimatan masa.

Berbeza dengan superbike dan kapcai yang kita tunggang seharian ke tempat kerja, ER-6N adalah sebuah naked yang unik. Ia mampu ditunggang oleh sesiapa sahaja walaupun seorang penunggang amatur.

Direka sebagai kenderaan harian, ER-6N juga sebuah motosikal moden yang dilengkapi dengan sistem pengendalian dan casis yang terkini serta enjin dengan suntikan bahan api yang lebih menjimatkan, mesra alam dan jauh lebih lasak daripada sistem karburator.

Motosikal ini belum lagi berkesempatan untuk saya pandu uji. Namun, mengikut petikan daripada program pelancarannya baru-baru ini, ia adalah sebuah model yang serupa dengan versi import (CBU) yang dilancarkan dua tahun lalu. Sebagai pengimport dan pemasang tunggal jenama Kawasaki di Malaysia, model import sebelum ini juga didatangkan dengan spesifikasi tropika yang sesuai dengan persekitaran Malaysia.


ER-6N direka untuk penunggang yang inginkan sebuah motosikal berkuasa yang mudah dikendalikan. Malah, konsep asal binaan enjinnya bermatlamatkan sebuah nadi penggerak yang kecil, agar hasil akhirnya nanti menjadikannya sebuah jentera yang kompak dan tirus.

Enjin ini direka bagi menghasilkan kuasa di peringkat pertengahan untuk menjadikan tunggangannya seperti sebuah sportbike. Prinsip ini dicapai menerusi konsep enjin kecil seakan-akan saiz 400cc tetapi dengan kuasa 650cc.

Tidak dinafikan, ketika dilancarkan, reka bentuk motosikal ini mengundang kontroversi kerana ia memecah tradisi Kawasaki dan industri motosikal.

Tiub kerangkanya terserlah, malah suspensi belakangnya langsung tidak disembunyikan.

Kerangka ER-6N ini juga dibina untuk mendapatkan titik roda yang sesuai, posisi tempat duduk yang rendah dan posisi tunggangan paling ideal untuk semua jenis saiz penunggang.

Sistem ekzosnya juga menjadi pertikaian dalam industri kerana posisi peredam bunyi di bawah enjin. Begitupun, mengikut pengalaman saya menunggang ER-6N/ER-6N ABS/ ER-6F dan Versys (kesemuanya berkongsi casis), peredam itulah antara yang menyumbang kestabilan naked ini.

Lazimnya, getaran pada kerangka adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan untuk motosikal dengan peredam di sisi, khususnya jentera yang direka pada titik graviti yang tinggi seperti naked, dual purpose dan motard.


Berani untuk saya katakan, ia bakal menjadi motosikal 'kebangsaan' Malaysia tidak lama lagi. Dilema yang membelenggu peminat motosikal tempatan sebelum ini ialah ketiadaan model yang memenuhi ruang antara sebuah sportbike, sebuah moped dan motosikal kecil.

Kalau ada sekalipun, jenamanya bukan buatan Jepun. Jenama luar pula, jika ada, harganya menjadi penghalang. Pada tanda harga RM28,000, ia memang sebuah naked 650cc yang cukup murah di pasaran. Sebagai perbandingan, di Singapura, negara jiran yang mana motosikal berkuasa tinggi ibarat kapcai di sini, harga sebuah Honda CB400 VTECIII ialah RM29,000.

Ia adalah motosikal 'rasmi' bagi penunggang biasa di negara itu. Dibandingkan dengan ER-6N, maka CB400 jauh ketinggalan. Ia hanya berkuasa 400cc dengan sistem penyampai karburator.

Tahniah kepada Kawasaki di atas pelancaran ER-6N dan 250R dan juga perasmian premis baru mereka di Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Selepas hampir 20 tahun dalam perniagaan motosikal di Malaysia, Kawasaki nampaknya mampu bertahan dalam kebanyakan situasi dan polisi kerajaan yang sering berubah.

Kini, pasti ramai yang berdoa agar lebih banyak model CBU akan dipasang di sini dan adalah tidak mustahil untuk melihat perkara ini berlaku sekiranya permintaan terhadap motosikal CKD yang sedia ada meningkat.

Tuesday, September 9, 2008

KisaH 16 SePtember.

Benarkan pada tarikh 16th September 2008 akan wujud sebuah kerajaan baru yang akan diterajui oleh Dato Seri Anwar Ibrahim..

Segalanya bermula apabila sebilangan besar rakyat Malaysia menolak kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi di dalam pilihanraya umum ke 12, March 2008 lalu. Desakan demi desakan supaya Pak Lah berundur untuk mengelakkan kehancuran yang lebih dasyat di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Che Det sendiri dengan selamba keluar UMNO sebagai tanda protes.. perhh!

Dato Seri Anwar Ibrahim di katakan telah mendapat thumb up signal dari beberapa MP di Sabah dan Sarawak untuk keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Cerita ini dikuatkan lagi apabila Dato Seri Anwar Ibrahim telah menjejakkan kakinya di Parlimen. Peluangnya begitu cerah untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September, 2008. Adakah benar Che Det akan tinggalkan Malaysia sekiranya beliau berjaya menjadi Perdana Menteri yang baru..? Satu lagi tanda tanya.

Di pihak Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pasukannya menafikan usaha Anwar Ibrahim ini dan ramai yang tidak percaya usaha ini boleh menjadi kenyataan. Harapan Dato Seri Anwar Ibrahim hanyalah dianggap angan-angan kosong sahaja.

Umum mengetahui perbicaraan seterusnya ke atas DS Anwar Ibrahim di dalam kes liwatnya dengan Saiful Bukhari pada 10 September, 2008 dan sekiranya ini merupakan satu conspiracy untuk menghalang pergerakan beliau nescaya ini boleh menyekat peluangnya untuk membentuk kerajaan baru pada 16th September 2008, dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Saturday, September 6, 2008

Utusan yang pelik???!




Ini adalah berita yang saya ambil dari Utusan Malaysia edisi 6 September 2008 . Samada saya kurang fasih berbahasa Malaysia ataupun kesusasteraan yang digunakan adalah terlalu tinggi untuk saya fahami ataupun saya seseorang budak it yang tidak faham Bahasa Malaysia melainkan 'English' ehhehehe.. . Ada sesiapa yang boleh tolong terjemahkan perenggan terakhir artikel ini tak? kemungkinan pengarang ni menulis tanpa berfikir??lu pk lah sendiri...

McD and Mamak??


Saya bolehlah dikatakan seperti anak muda lain gemar meluangkan masa bersama rakan-rakan di gerai mamak iaitu dalam erti kata lain melepak walaupun bukanlah menjadi kekerapan. Oleh itu, saya agak "fasih" dengan trend semasa di gerai mamak dari segi harga dan juga kualiti masakan serta servis mereka.

Namun begitu, baru-baru ini saya keluar untuk makan tengah hari bersama rakan di tempat biasa kami melepak. Saya memilih untuk makan nasi campur (ayam + sayur) manakala rakan saya meminta nasi goreng. Dan seperti yang dijangka gerai mamak turut mengalami "inflasi" dengan harga nasi campur:-

"RM6.00"

Malah saya turut menanyakan tokey gerai tersebut samada beliau tersalah kira. Harga tersebut pada pendapat saya adalah agak tinggi daripada yang sepatutnya sedangkan beberapa bulan yang lalu harganya paling tinggi pun adalah RM5.00. Saya sudah menjangkakan kenaikan harga makanan disebabkan oleh harga petrol dan diesel yang mendadak tetapi harga RM1.00 adalah adalah keterlaluan.

Bukan itu sahaja, malah saya mendapati ada sesetengah restauran yang menaikan harga roti canai dari 70 - 80 sen kepada 90 sen - RM1.00. Ada pula yang menaikkan harga air minuman seperti teh ais kepada RM1.50. Bayangkan jika harga makan tengah hari di gerai mamak mencecah RM7.50, lebih baik saya makan di francais seperti McDonalds ataupun KFC yang harganya lebih kurang sama.
Bukan saya sengaja hendak complaint tetapi jika ke McDonalds, kita sudah boleh menganggarkan harga makanan di sana sedangkan di mamak harganya tidak menentu dan bergantung kepada "tukang kira". Saya cukup hairan mengapa pihak berkuasa tidak mengetatkan undang-undang seperti meletakkan harga makanan seperti nasi campur di restauran atau gerai.

Perlukah kedai mamak di letakkan dalam program harga kawalan?...hehehe..ai for life..daaa

Wednesday, August 27, 2008

SuPerBike KawasAki NiNja 250

This is the super bike that i want it.May be in 3 or 5 years i can get it for my own. Peace!